MANTAILOR FELCRA SUNGAI ARA
Rabu, 27 April 2011
Rabu, 17 Disember 2008
SAMBUTAN HARI RAYA FELCRA BHD.2008 DI MERSING

Kuda kepang remaja
KUDA kepang sangat popular di Johor khususnya di kalangan masyarakat Jawa di beberapa daerah seperti Batu Pahat, Muar dan Pontian turut menarik penyertaan generasi muda.Persembahannya merangkumi penggunaan boneka berbentuk kuda kepang (kuda-kudaan) diperbuat daripada anyaman buluh nipis dan dianyam silang-menyilang itu biasanya dipersembahkan golongan dewasa.
Usaha memperkembangkan tarian kuda kepang di kalangan kanak-kanak dan remaja kini turut mendapat sokongan Pengurusan Felcra Sungai Ara Kota Tinggi.Tarian berkenaan dipersembahkan Kumpulan Generasi Warisan, kumpulan kuda kepang paling popular di Johor yang sering mengadakan persembahan pada pelbagai sambutan di peringkat daerah dan negeri.Kumpulan terbabit dianggotai remaja yang masih berada di bangku sekolah rendah dan menengah, berusia antara 10 hingga 14 tahun. Jurulatih kumpulan berkenaan, Sariff lasiyo, berkata kumpulan itu dianggotai seramai 12 remaja termasuk mereka yang bermain alat muzik.Menurutnya, cuti sekolah antara waktu sibuk untuk kumpulan terbabit yang mengadakan latihan sewaktu tidak menghadiri sesi persekolahan. Latihan juga diadakan pada hujung minggu supaya tidak mengganggu pelajaran masing-masing. Kumpulan yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu, sehingga kini banyak mengadakan persembahan pada majlis keramaian di peringkat daerah dan negeri."Kumpulan ini juga pernah mengadakan persembahan pada majlis keramaian di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana Johor tahun lalu," katanya.Sempena sambutan Aidilfitri Felcra peringkat negeri baru-baru ini, kumpulan itu turut mempersembahkan tarian tradisional berkenaan.Beberapa ahli kumpulan itu menyifatkan pembabitan mereka memberi peluang menunjukkan keupayaan masing-masing. Malah, mereka turut berpeluang menimba pengetahuan cara menggayakan tarian diajar jurulatih berpengalaman.Ketua kumpulan, Amirul Akmal, Ramelan, 14, berkata penyertaannya dalam kumpulan terbabit membolehkannya memenuhi masa lapang sekali gus mengelakkan diri daripada melakukan kerja tidak berfaedah."Penyertaan dalam kumpulan itu tidak mengganggu masa persekolahan dan pembelajaran kerana latihan diadakan selepas waktu sekolah."Begitu juga dengan persembahan yang biasanya diadakan ketika cuti hujung minggu atau waktu malam," katanya.Ahli kumpulan termuda, Faqrul Adli Jamil, 10, berkata penyertaannya dalam kumpulan itu atas minatnya sejak kecil.Paparan persembahan kuda kepang di televisyen membuatkan dia tertarik untuk menjadi ahli kumpulan itu."Ibu bapa saya juga menggalakkan saya menyertai kumpulan ini kerana ia cabang budaya yang perlu diwarisi anak muda," katanya.

Isnin, 24 November 2008
Langgan:
Catatan (Atom)